Tokoh falsafah zaman Greek:Socrates

SOCRATES(469-399 S.M.)

Image result for socrates
PATUNG LAKARAN WAJAH SOCRATES

LATAR BELAKANG SOCRATES

Socrates adalah merupakan salah seorang ahli falsafah yang terkenal pada zaman Greek. Beliau berasal dari Athena, Yunani dan telah dilahirkan di Deme Alopece, Athena pada tahun 469 S.M. dalam keluarga yang miskin dimana  ayahnya yang bernama Sophroniscus adalah merupakan seorang tukang ukir dan pemahat patung batu (stone mason) manakala ibunya Phaenarete adalah seorang bidan pada zaman itu. Beliau adalah seorang pemikir ulung yang mewarisi pekerjaan bapanya sebagai seorang pengukir sebelum beliau menjadi salah seorang ahli falsafah pada zaman itu. Socrates telah berkahwin dengan Xantippe dan dikurniakan kepada mereka tiga orang anak iaitu Menexenus, Lamprocles, dan Sophroniscus. Beliau dikatakan berakhlak mulia, rajin, bijaksana, berani, sederhana, adil, dan juga warak. Latar belakang pendidikannya tidak diketahui dengan jelas akan tetapi kecintaannya terhadap ilmu telah membuatkan beliau diangkat menjadi salah seorang ahli falsafah yang terulung pada zaman Greek. Pada awalnya, beliau bukanlah seorang ahli falsafah kerana beliau memikirkan bahawa beliau bukanlah seorang yang bijak sepertimana golongan bijaksana yang ada pada masa itu. Akan tetapi disebabkan suatu peristiwa yang terjadi apabila rakannya, Oracle Delphi yang menyatakan bahawa dia telah mendengar ada satu suara ghaib yang menyatakan bahawa Socrates adalah yang paling bijaksana dan tiada siapa yang dapat menandingi kebijaksanaan Socrates. Pada tahun 399 S.M. , Socrates dihukum mati dengan diberikannya sejenis racun iaitu 'Hemlock'. Beliau mati kerana meminum racun dan dianggap telah merosakkan akidah generasi muda  serta membawa fahaman agama yang baru.





Image result for socrates
GAMBARAN SOCRATES DIHUKUM MATI



KARYA SOCRATES
      
    Socrates tidak pernah menghasilkan sebarang karya yang dapat kita jadikan rujukan tetapi beliau ada meninggalkan falsafah yang dibawa olehnya seperti pemikiran akhlak Socrates yang banyak diceritakan oleh Plato, merupakan anak murid kepada Socrates didalam karyanya iaitu The Apology Of Socrates dan Phaedrus yang banyak mengambarkan Socrates dalam karyanya yang berbentuk dialog. Dalam karya tersebut, Plato banyak menggunakan nama Socrates didalam penghasilan karyanya. Beliau mempunyai dua orang anak murid yang hebat iaitu Plato dan Xenophone. Antara kedua-dua anak muridnya, Plato banyak menghasilkan karya mengenai Socrates disamping ditambah dengan falsafah Plato sendiri. Plato amat mengakumi gurunya Socrates sehinggakan didalam karya beliau sendiri hanya beberapa kali sahaja namanya ditulis didalam buku tersebut. Para sarjana atau ahli falsafah kini sukar bagi mereka untuk membezakan antara falsafah yang dibawa oleh Socrates dan Plato malah mereka berpendapat bahawa kedua-dua tokoh tersebut membawa satu falsafah yang sama. Akan tetapi, setelah mereka mengkaji semula ternyata falsafah yang dibawa oleh kedua-dua tokoh ini adalah tidak sama sekali.
      
FALSAFAH YANG DIBAWA SOCRATES
      

Image result for socrates
GAMBARAN SOCRATES
         Falsafah Socrates adalah mencari kebenaran dan beliau tidak mengajarkannya melainkan beliau membantu mengeluarkan apa yang tersimpan di manusia. Teori beliau dinamakan metod maieutik iaitu menguraikan. Dalam mencari kebenaran menurut Socrates, seseorang itu perlu banyak bertanya bagi mendapatkan kebenaran itu sepertimana kehidupan Socrates yang selalu bertanya akan persoalan yang difikir sehingga beliau memahami apa yang beliau tanyakan. Dalam perjalanan mencari jawapan tentang persoalan yang dibangkitkannya ditempuh dengan metod induksi yang bermaksud membandingkan sesuatu secara kritis dan definisi. Selain itu, Socrates membawa teori Dialektika yang merupakan suatu teori bagi membincangkan suatu permasalahan dengan kaedah dialog antara satu sama lain melalui percakapan dan perbincangan. Metod ini menganalisis tentang sesuatu samada benar atau tidak benar. Dialektika bererti bercakap-cakap dan berdialog. Manakala Retorika lebih kepada cara seseorang berpidato di depan khalayak ramai. Kaedah ini tidak disukai Socrates kerana beliau lebih menyukai teknik berdialog yang dapat menyelesaikan permasalahan yang dibangkitkan melalui perbincangan antara satu sama lain. Kaedah Dialektika lebih mudah digunakan bagi menyelesaikan masalah kerana ada perbincangan antara pihak lain berbanding kaedah Retorika yang hanya pandai berbicara sahaja tetapi tidak dapat menyelesaikan masalah yang dipersoalkan.
www.tokohfalsafahsocrates.blogspot.com

                                                              RUJUKAN


Bertrand Rusell. 1979. History Of Western Philosophy.George Allen & Unwin
              (Publisher) Ltd 1946, 1961, 1979 - 2nd ed. 

Rakhmat,Loanes. 2009. Sokrates Dalam Tetralogi Plato: Sebuah Pengantar Dan
              Terjemahan Teks . Gramedia. Jakarta. 

Samuel Enoch Stumpf. 1975. Socrates To The Sartre: A History Of Philosophy.
            McGraw-Hill Book Company - 2nd ed.


Comments

Popular posts from this blog

HUKUM DAN KEPERLUAN MEMPELAJARI ILMU MANTIK