Posts

Showing posts from June, 2020

HUKUM DAN KEPERLUAN MEMPELAJARI ILMU MANTIK

HUKUM DAN KEPERLUAN MEMPELAJARI ILMU MANTIK OLEH AHSANI NAJWA BINTI MOHD ROSDI(A168070) Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2017), Ilmu Mantik didefinisikan sebagai ilmu yang membahaskan akal, ilmu jalan fikiran mengenai sebab dan kejadian yang terbit daripadanya. Mengikut Bahasa Arab, perkataan ‘mantik’ atau mantiq berasal daripada perkataan nataqa   yang   bermaksud berkata atau bercakap. Ulama Arab banyak mengaitkan ucapan dan pemikiran adalah   dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam ilmu ini. Manusia sering digambarkan sebagai makhluk yang boleh berbicara atau haiwan yang berkata-kata.   Pada zaman Yunani, perkataan Mantik juga berasal daripada bahasa Yunani iaitu Logos yang membawa maksud kata atau fikiran yang benar. Pada zaman tersebut, golongan ahli   falsafah Yunani adalah golongan yang sangat berperanan penting dalam penyebaran ilmu ini. Ilmu Mantik ini juga dikenali sebagai ilmu logik iaitu sains yang berkaitan dengan prinsip pemikiran dan penaakulan ya