Posts

Showing posts from October, 2018

Tokoh falsafah zaman Greek:Socrates

Image
SOCRATES(469-399 S.M.) PATUNG LAKARAN WAJAH SOCRATES LATAR BELAKANG SOCRATES Socrates adalah merupakan salah seorang ahli falsafah yang terkenal pada zaman Greek. Beliau berasal dari Athena, Yunani dan telah dilahirkan di Deme Alopece, Athena pada tahun 469 S.M. dalam keluarga yang miskin dimana  ayahnya yang bernama Sophroniscus adalah merupakan seorang tukang ukir dan pemahat patung batu ( stone mason ) manakala ibunya Phaenarete adalah seorang bidan pada zaman itu. Beliau adalah seorang pemikir ulung yang mewarisi pekerjaan bapanya sebagai seorang pengukir sebelum beliau menjadi salah seorang ahli falsafah pada zaman itu. Socrates telah berkahwin dengan Xantippe dan dikurniakan kepada mereka tiga orang anak iaitu Menexenus, Lamprocles, dan Sophroniscus. Beliau dikatakan berakhlak mulia, rajin, bijaksana, berani, sederhana, adil, dan juga warak. Latar belakang pendidikannya tidak diketahui dengan jelas akan tetapi kecintaannya terhadap ilmu telah membuatkan beliau diang